Thursday, September 10, 2009

TIKET PENERBANGAN YG X PERLU BAYARAN..


PENERBANGAN TERAKHIR

Assalamualaikum.....

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

*Tempat berlepas : Kehidupan dunia

*Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.

*Destinasi : Akhirat

*Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat

*Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut

*Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah


SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian !!!!Kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang ikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendikiawan.


BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN


* 5 meter kain kafan putih

* Kapas Putih yang secukupnya

* Muatan lain yang di pertimbangkan :- - Amal soleh - Sedekah jariah - Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya - Ilmu yang manfaat



PERHATIAN


* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.


DIULANG !!!!!!!!!!!


* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;

Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

MOTIVASI PEMBENTUK PERIBADI

* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dgn
tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.

* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.


* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.

* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan.
ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dlm diri kelak.

* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu, kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.

* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam usahanya.

* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

DARI UTAN UNTUK SEMUA

salam buat semua yang membaca blog kami...
dikesempatan ini, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat segala kesalahan...
untuk program2 akan datang, kami akan beritahu kemudian..
buat masa nie kami berehat untuk menyambut hari raya..

Monday, September 7, 2009

SETAPAK MELANGKAH SEJUTA ILMU DIKONGSI

Alhamdulillah....
akhirnya tercapai juga hasrat utan adventures untuk mempunyai blog sendiri...
terima kasih kepada saudari yang membuat blog... ^ira^....
jadi kepada semua, boleh la melihat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh utan adventures nie..
dan sesiapa yang berminat menggunakan khidmat konsultan kami, bolehla menghubungi kami...
terima kasih..
KEPUASAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI